MOOC





FAKULTI PENDIDIKAN

GGGE 2153
TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN

TUGASAN KUMPULAN

TAJUK TUGASAN:
ESEI MOOC


DISEDIAKAN KEPADA :

ENCIK MD YUSOFF BIN DAUD


DISEDIAKAN OLEH :

SUHANA BINTI FADZIL  (A154093)
NUR SYAZWANI BT MOHD ALI (A156175)
MOHAMMAD NOR SYAFFIQ BIN NASIL (A154820)
MUHAMMAD SAIFUDDIN BIN MOHD RADZUAN (A146546)

TARIKH PENGHANTARAN : 14 MEI 2017



ISI KANDUNGAN


Perkara
Muka Surat
1.0 Pengenalan
      1.1 Definisi
      1.2 Konsep
2-4
5
5
2.0 Sejarah penggunaan MOOC
        2.1 Contoh Negara Luar dan Universiti yang
             menggunakan MOOC
        2.2 Laman web yang boleh mengakses
              MOOC

6
7


7
3.0 Platform MOOC

8
4.0 Mengaplikasikan MOOC dalam dunia
      Pendidikan khas.
      4.1 Tatacara Penggunaan
 9-10

10-12
5.0 Kelebihan dan Kekurangan dalam MOOC
12-13
6.0 Isu dan Cabaran dalam MOOC
13-14
7.0 Kesimpulan
15
8.0 Rujukan
15















1.0 PENGENALAN MOOC

Pengenalan Kepesatan teknologi maklumat dalam bidang pendidikan telah mencipta suatu evolusi baru dalam proses pengajaran dan pendidikan (P&P), di antaranya ialah Massive Open Online Courses atau lebih dikenali sebagai MOOC. Ia merupakan suatu tambahan kepada gaya penyampaian P&P sedia ada iaitu pengajian di atas talian dan pendidikan berjarak jauh.

            Perkembangan MOOC bermula daripada inisiatif sumber pendidikan terbuka (open educational resources). Istilah MOOC mula-mula sekali diperkenalkan pada tahun 2008 oleh Dave Cormier dari University of Prince Edward Island dan Bryan Alexender dari National Institute for Technology in Liberal Education. Ini adalah susulan kepada kursus Connectivism and Connective Knowledge yang dipelopori oleh George Siemens dari Athabasca University dan Stephen Downes dari National Research Council. (Chris 2013).

              Kursus ini ialah mengenai perkembangan aplikasi aktiviti rangkaian dan teori Connectivism yang diperkenalkan oleh George Siemens sebagai salah satu teori pembelajaran baru dalam era digital hari ini. Keunikan kursus ini telah menemukan kepelbagaian kaedah penyampaian dan penerimaan material P&P di kalangan pengguna yang ramai. Mereka berkongi pengetahuan dan berkomunikasi antara satu sama lain dalam suatu rangkaian pengetahuan yang unik (Mackness, Mak dan Williams, 2010).

Kursus ini dijalankan di University of Manitoba mempunyai seramai 25 orang pelajar yang berbayar dan selebihnya seramai 2200 orang pelajar di kalangan orang awam dari seluruh dunia yang mengikutinya secara percuma. Bahan-bahan kursus boleh didapati melalui suapan RSS. Para pelajar berinteraksi melalui aplikasi kolaborasi di atas talian, termasuklah perbincangan di dalam platform Moodle dan Second Life, serta entri dari blog (Cormier, 2008). Rajah 1 di bawah menunjukkan diagram kursus Connectivism and Connective Knowledge.

Menurut Cormier (2010), ciri-ciri asas MOOC ialah capaian kepada kursus-kursus yang ditawarkan adalah terbuka dan percuma, melibatkan penyertaan secara sukarela dari pihak pelajar. Penyedia bahan kursus membangunkan bahan P&P dan diedarkan dengan meluas. Hasil tugasan peserta dikongsi bersama peserta-peserta lain. MOOC menyokong pendidikan sepanjang hayat. Pada kursus yang mengenakan bayaran, ia adalah sebagai yuran untuk mendapatkan sijil kelulusan kursus yang diikuti.

Pappano (2012) telah menamakan tahun 2012 sebagai Tahun Untuk MOOC kerana material P&P yang boleh didapati secara percuma di dalamnya telah membuka suatu pintu kepada kelompok universiti-universiti elit untuk menerima lebih ramai bakal pelajar. Menurut Catherine (2013), MOOC semakin popular pada awal tahun 2012, apabila Daphne Koller dan Andrew Ng, mantan ahli akademik dari Standford University melancarkan platform pembelajaran mereka di atas talian yang dikenali sebagi Coursera.

Capaian ke internet yang semakin pantas dan mudah, telah membuka suatu peluang baru kepada para pengguna yang bermotivasi tinggi untuk meneruskan pengajian ke suatu tahap yang mereka impikan. Terdapat banyak platform MOOC yang menawarkan berbagai-bagai kursus dari universiti terkemuka dunia secara percuma. edX ialah salah satu daripada platform yang dimaksudkan ini. Ia adalah kolaborasi antara Harvard University dengan Massachusetts Institute of Technology (MIT) yang berpengkalan di Amerika Syarikat. Selain daripada itu, Udacity, futurelearn.com, Open Yale Courses, Carnegie Mellon Free Courses, UCLA Extension, Harvard Extension School dan UC Berkeley Free Courses (sekadar menamakan beberapa platform sahaja) turut sama menawarkan kursus-kursus yang dijalankan melalui MOOC.

Selain itu, untuk lebih lanjut boleh melihat video di laman Youtube :


1.1  Definisi MOOC

MOOC adalah akronim bagi Massive Open Online Course. Kursus Terbuka atas Talian Secara Besar-Besaran (MOOC) adalah kursus dalam talian bertujuan untuk penyertaan interaktif besar-besaran dan akses terbuka melalui laman web. Selain bahan-bahan kursus tradisional seperti video, bacaan, dan set masalah, MOOC juga menyediakan forum pengguna interaktif yang membantu membina masyarakat untuk pelajar dan tenaga pengajar.

        The MOOC telah diperkenalkan pada tahun 2008 semasa yang dipanggil "Connectivism” dan Pengetahuan perantara yang telah dibentangkan kepada 25 tuisyen pelajar yang membayar dalam Pendidikan Lanjutan di University of Manitoba sebagai tambahan kepada 2,300 pelajar-pelajar lain dari orang awam yang mengambil kelas dalam talian percuma percuma.

1.2 Konsep MOOC

Konsep MOOC lebih kepada pembelajaran yang berlaku pada skala yang lebih besar, tanggungjawab tersebut terletak kepada pelajar. Tidak ada tekanan untuk menghadiri forum-forum, menyertai, berhubung dengan guru pengajaran dan menghulurkan pandangan dan sebagainya. Konsep yang ingin diterap dalam kursus ini menuntut anda untuk banyak membaca dan juga berinteraksi tetapi ini tidak wajib (kebanyakan masa). MOOC adalah untuk orang-orang yang mencari ilmu tambahan dengan mengisi masa lapang mereka.
       Konsep ini semakin popular dengan lebih dan lebih banyak peluang untuk pelajar untuk belajar. Walaupun terdapat perdebatan besar berlaku sama ada konsep ini memang terbuka atau tidak tetapi dalam MOOC pendapat saya menyediakan satu konsep teknologi yang kukuh yang perlu dimanfaatkan lebih, membolehkan ia menjadi lebih tersusun ke arah pembelajaran. Dengan adanya kursus MOOC ini akan membuahkan hasil dalam jangka masa panjang.
 2.0 Sejarah penggunaan MOOC

Mula diperkenalkan pada tahun 2008 oleh Dave Cormier dan Bryan Alexander setelah mereka menghadiri satu kursus yang dikendalikan oleh George Siemens dan Stephen Downes di Universiti Manitoba, Kanada. Kursus yang dimaksudkan adalah Connectivism and Connective Knowledge (CCK08). Kursus ini adalah berdasarkan teori Connectivisme yang dicipta oleh George Siemens sebagai alternatif kepada teori-teori yang sedia ada yang mana menurut beliau teori ini lebih sesuai untuk diaplikasikan dalam era digital. Pada ketika itu kursus CCK08 mempunyai seramai 25 orang pelajar yang mendaftar secara berbayar manakala 2300 orang pelajar yang lain telah mendaftar secara percuma. Daripada situ mereka melihat bahawa pengetahuan boleh dikongsikan dengan semua orang di seluruh dunia dan merasa teruja dengan interaksi serta hubungan secara maya yang dapat dilakukan menerusi perbincangan dalam talian secara aktif. Oleh yang demikian bagi memanfaatkan penggunaan internet dengan menghubungkan (connective) setiap individu yang ingin belajar, berkongsi ilmu secara meluas serta mahu melihat sejauh mana ia boleh pergi maka terhasillah MOOC. MOOC juga dapat memberikan peluang kepada sesiapa sahaja di seluruh dunia yang inginkan pendidikan tetapi tidak berkemampuan untuk sama-sama mendapat pendidikan yang sama rata kualitinya tidak kira siapa anda dan di mana anda berada.

2.1  Antara senarai Negara luar yang menggunakan MOOC ialah:

a)      USA

      b) Stanford Online: Stanford University

      c) Coursera: Stanford University, Princeton University, Arizona State University,
          University of Maryland College Park, University of Illinois at Urbana-Champaign

      d) Canvas Network: Santa Clara University, University of Utah, Université Lille 1
        (USA + France)

      e) Academic Earth: UC Berkeley, UCLA, University of Michigan, Oxford University
           Kadenze (USA + Korea + Singapore)

       f) Khan Academy

       g) Finland

       h) Eliademy: Aalto University Executive Education

       e) Negara United Kingdom

        FutureLearn: University of Birmingham, University of Edinburgh, King's College   London,
       University of Leicester, University of Reading, Open University, Monash University,
       Trinity College Dublin, Warwick University, University of Bath, University of    Southampton

f)  Negara Australia
1.      OpenLearning
2.      Open2Study
3.      Other
4.      POLHN: Pacific countries

2.2 Laman sesawang yang boleh mengakses MOOC
       Disini saya senaraikan beberapa laman web yang menawarkan MOOC percuma:
            Coursera (https://www.coursera.org/)
            Udacity (https://www.udacity.com/)
            EDX (https://www.edx.org/)
            Khan Academy (https://www.khanacademy.org/)
            Udemy (https://www.udemy.com/)
            Codecademy (http://www.codecademy.com/)

3.0 Platform  yang menawarkan kursus MOOC di dunia Contoh :
      Harvard University

Univesity of Harvard menggunakan plaftform EDX yang merupakan pembekal utama MOOC  Ia menjadi tuan rumah dalam talian kursus peringkat universiti dalam pelbagai disiplin kepada badan pelajar di seluruh dunia, termasuk beberapa kursus tanpa dikenakan bayaran. Ia juga menjalankan penyelidikan ke dalam pembelajaran berdasarkan bagaimana orang menggunakan platform. Edx berbeza daripada pembekal MOOC lain, seperti Coursera dan Udacity, kerana ia adalah sebuah pertubuhan bukan keuntungan dan berjalan pada perisian sumber terbuka Terbuka Edx.

      Massachusetts Institute of Technology dan Universiti Harvard telah mencipta Edx pada Mei 2012. Lebih daripada 70 sekolah, organisasi bukan kerajaan , dan syarikat menawarkan atau bercadang untuk menawarkan kursus di laman web Edx. Setakat 29 Disember 2016, Edx mempunyai kira-kira 10 juta pelajar yang mengambil lebih daripada 1,270 kursus dalam talian.

Kursus Edx terdiri daripada urutan pembelajaran setiap minggu. Setiap urutan pembelajaran terdiri daripada video pendek berselang dengan latihan pembelajaran interaktif, di mana pelajar boleh terus mengamalkan konsep daripada video. Kursus-kursus yang sering termasuk video tutorial yang serupa dengan kumpulan perbincangan kecil di kampus, buku teks dalam talian, dan forum perbincangan dalam talian di mana pelajar boleh menghantar dan menyemak soalan dan komen antara satu sama lain dan pengajaran pembantu. Di mana berkenaan, Makmal talian yang dimasukkan ke dalam kursus. Sebagai contoh, dalam MOOC pertama Edx - satu litar dan elektronik tentu - pelajar dibina litar maya di makmal dalam talian .

           Selain itu, ia juga  merupakan  satu cara yang mungkin pada masa yang sama mencapai manfaat kehadiran fizikal dan pendigitalan adalah dengan menggunakan realiti maya. Semasa baru-baru ini Hampir Terdapat di: Documentary Meets persidangan Realiti Maya, Harvard mengumumkan bahawa ia akan streaming kelas yang paling popular, CS50, dalam realiti maya ini jatuh pada Edx. CS50 adalah kursus yang paling popular di kampus di Harvard; ia juga kursus yang paling popular di Edx, dengan lebih satu juta pendaftaran.

4.0 Mengaplikasikan MOOC Dalam Pendidikan Khas

Seperti yang diketahui penggunaan MOOC merupakan kaedah pembelajaran baharu dan ia telah dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan  Malaysia pada tahun 2012. Menurut Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof Dr. Asma Ismail,  MOOC merupakan pengalaman baru dalam pendidikan di Malaysia yang bakal ditempuhi oleh golongan celik  komputer di negara ini ( Utusan Online 2016). Pembelajaran menggunakan MOOC juga dikatakan kaedah yang terbaru kerana beberapa aspek yang diketengahkan dalam pelaksanaannya.

Antaranya ialah ciri-ciri fizikal pembangunan MOOC, kaedah dan cara penyampaian maklumat kepada pengguna dan juga bahan-bahan kursus yang dikongsi antara pelatih kursus dengan pelajarnya. MOOC Malaysia boleh dibahagikan kepada 3 jenis kursus seperti kursus umum, kursus tujahan ( niche) dan kursus pembelajaran sepanjang hayat. MOOC Malaysia merupakan agenda keutamaan Kementerian di bawah Lonjakan 9: Pembelajaran Dalam Talian Tahap Global (Globalised Online Learning) di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi). Justeru, agenda ini juga mesti dilaksanakan dalam dunia pendidikan khas.

4.1 Tatacara penggunaan MOOC untuk diaplikasikan dalam Pendidikan  Khas

Menurut pendapat kami, kursus MOOC ini sesuai untuk bakal guru pendidikan khas dan secara umumnya untuk semua lapisan masyarakat yang tipikal. Ia juga memberi peluang kepada pelajar berkeperluan khas yang mempunyai peluang untuk diinklusifkan.


Boleh diaplikasikan dalam pendidikan khas :

1.      Untuk memudahkan guru mendapat maklumat berkenaan pedagogi terkini melalui video

MOOC boleh menjadi platform yang menggalakkan penerokaan dalam kalangan pendidik yang ingin mencuba kaedah baharu. Contohnya melalui video.  Video merupakan salah satu medium yang fleksibel dan ia menyediakan arahan yang interaktif.Jika sebelum ini, guru pendidikan khas perlu mengikuti kursus yang dianjurkan oleh Kementrian Pendidikan Malaysia, dengan penggunaan MOOC , semua guru dapat mengakses maklumat berkaitan sesuatu perincian kursus.Contohnya,  pedagogi yang efektif dalam pendidikan khas. Oleh itu, guru boleh melihat dengan lebih terperinci tentang elemen yang disampaikan di dalam video. Antara kelebihannya ialah dapat menjimatkan masa kerana ianya boleh diakses pada bila-bila masa sahaja berbanding kursus yang akan mememakan masa. Selain itu, guru juga boleh membentuk pemahaman yang mendalam kerana video boleh dimainkan berulang kali.

     2. Menyediakan platform yang dapat memberi kefahaman yang mendalam
         kepada sesiapa sahaja  tentang pendidikan khas.

Ia boleh dilaksanakan dengan memuatnaik video yang berkaitan dengan pendidikan khas seperti definisi, sejarah, kategori, pengurusan bilik darjah, dan sebagainya. Contohnya, University of Derby telah menggunakan platform MOOC untuk memberikan pendidikan kepada semua tentang autism, asperger dan ADHD. Platform ini direka untuk memberi pengetahuan kepada mereka yang berminat untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang klasifikasi, penaksiran dan proses diagnosis ketiga-tiga kategori tersebut. Justeru, ia juga boleh diamalkan di Malaysia kerana dapat memberi pendedahan dengan lebih mendalam kepada semua lapisan masyarakat untuk menggalakkan sokongan dan sifat positif mereka kepada murid berkeperluan khas terutama sekali kepada orang kurang upaya (OKU).

3. Memberi peluang kepada murid berkeperluan khas untuk meningkatkan
    penyertaan dalam program inklusif dengan lebih banyak.

Kandungan bahan kursus yang sering kali dimuatnaik oleh pengguna MOOC termasuklah video, tugasan dan kuiz (Derek Bruff et al., 2012; Watter Abeer & Barak Miri, 2014). Video boleh bertindak menggantikan kuliah bersemuka antara pensyarah dengan pelajarnya, yang merupakan interaksi paling penting untuk berhubung dan menerangkan setiap perkara yang terdapat dalam kursus tersebut. Sebagai contoh, menurut Watter Abeer dan Barak Miri (2014), dalam seminggu sebanyak dua atau tujuh video kuliah yang berdurasi lapan ke dua puluh minit akan dimuat naik ke MOOC untuk tatapan pelajar. Segala arahan atau maklumat penting diselitkan supaya memudahkan pelajar untuk menelaah pembelajaran secara sendiri. Namun begitu, kandungan bahan kursus boleh berbeza-beza mengikut idea dan kretiviti pelatih kursus kursus dan strukturnya tidak tegar serta tidak tetap kepada sesuatu bahan sahaja.

Secara jelasnya kandungan bahan dalam MOOC dapat dilihat lebih menjurus kepada keperluan pelajar dan objektif kursus yang ditetapkan oleh pelatih kursus.  Justeru, untuk murid yang berkeperluan khas yang mempunyai peluang untuk diinklusifkan, mereka boleh menelaah kandungan matapelajaran yang melibatkan kurikulum arus perdana. Hal ini memberi kebaikan kepada mereka untuk mengakses maklumat yang sebelum ini telah diajar kepada pelajar arus perdana kerana mereka boleh mendapatkan maklumat melalui platform MOOC ini.

Walaubagaimanapun, selepas  mengaplikasikan MOOC kepada murid berkeperluan khas, guru perlulah membuat penilaian terhadap MOOC.  Penilaian ini boleh dibuat melalui model yang digunakan oleh  Manalo (2014) iaitu Evolusi Model Kirkpatrik .Kirkpatrik (2006) memperkenalkan empat tahap untuk menilai keberkesanan sesebuah kursus atas talian. Tahap pertama adalah reaksi, tahap kedua adalah pembelajaran, tahap ketiga adalah evolusi perilaku dan tahap keempat adalah keputusan (Manalo 2014).

Model ini boleh diaplikasikan kepada pelaksanaan MOOC oleh pengkaji Manalo (2014) di mana pada tahap pertama pengkaji mengetahui reaksi peserta MOOC menentukan sama ada objektif kursus boleh dikatakan berkesan atau sebaliknya. Tahap kedua merujuk sama ada objektif kursus tercapai dan berlaku pemindahan pengetahuan. Tahap ketiga dan keempat adalah penilaian kepada hasil pembelajaran daripada MOOC. Hasil kajian Manalo (2014) yang berkaitan penilaian tahap kepuasan  peserta berdasarkan MOOC mendapati peserta berpuas hati dengan tahap pembelajaran namun isu yang dibangkitkan adalah masa yang tidak mencukupi untuk menyiapkan semua kuiz, tugasan dan projek dalam waktu yang ditetapkan.

5.0 Kelebihan dan Kekurangan

MOOC juga tidak lari dari isu-isu yang berkaitan dengan kelebihan dan kekurangan yang tersendiri dan unik.  Ada portal MOOC yang menawarkan kursus atau program P&P secara percuma, tetapi ada juga yang memerlukan pengguna untuk mendaftar dan membayar yuran mengikuti kursus.

  Konsep penyampaian P&P secara konvensional yang memerlukan pelajar secara fizikalnya berada di dalam dewan kuliah untuk mengikuti sesi P&P tidak lagi diperlukan, sebaliknya memadai dengan adanya capaian internet yang bagus untuk mengikuti kuliah. Secara tidak langsung, dapat menjimatkan masa dan kos untuk berada di dewan.  Pelajar boleh mengikuti kursus dari jarak jauh dan di mana sahaja berada.

  Bagi pensyarah pula, mereka boleh menyediakan bahan P&P lebih awal sebelum suatu kursus dimulakan.  Ini memerlukan sedikit kemahiran di kalangan mereka untuk merangka kandungan kursus yang akan disampaikan kepada pelajar.  Selain daripada itu, kemahiran dan kepakaran dari beberapa pihak yang terlibat dengan teknologi pendidikan diperlukan untuk menjayakan pembangunan produk MOOC.  Secara tidak langsung menggalakkan para ahli akademik menjadi lebih kreatif dan inovatif dalam melaksanakan P&P.

  Menurut BPDA Detroit Chapter (n.d), bagi pelajar yang mengikuti kursus dari portal MOOC yang percuma dikhuatiri mempunyai isu berkaitan dengan tahap motivasi yang rendah.  Ini adalah kerana, ia adalah suatu program berbentuk sukarela, dan pelajar tidak akan dikenakan penalti sekiranya gagal menamatkan kursus dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

  Berdasarkan laporan yang dibentangkan oleh edX (2012) seperti yang dipetik oleh O’Connor (2014) menunjukkan bahawa sebilangan besar peserta kursus atas talian yang percuma lebih cenderung untuk meninjau sahaja bahan-bahan P&P yang dimuatkan dalam portal berbanding dengan melengkapkan suatu kursus sehingga memperolehi sijil perakuan tamat kursus.

6.0  Isu dan Cabaran

MOOC adalah yang besar (Massive) iaitu boleh memuatkan ramai peserta, sukar mengurus dan menilai kemajuan. Selain itu ianya sukar memenuhi keperluan setiap peserta. Peserta hanya mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh sesuatu Universiti dan institusi. Seterusnya, MOOC ini adalah bersifat terbuka (Open). Justeru itu, secara tidak langsung ramai peserta dapat melibatkan diri.  Para peserta mempunyai masa yang tersendiri dan boleh menyusun jadual tanpa mengganggu aktiviti harian. Para peserta akan menentukan masa mereka untuk menyiapkan kerja tugasan. Namun kelebihan sistem MOOC ini ialah ianya percuma. Tetapi terdapat juga kekurangan kerana sifat terbuka ini akan menjadi masalah kerana  kos untuk membangunkan kursus tiada.

        MOOC juga dikenali sebagai pembelajaran di atas talian (Online). Kaedah pengajaran dan pembelajaran seperti ii adalah lebih mudah dijalankan kerana tidak  serentak. Hal ini kerana ianya mengikut waktu yang telah disusun oleh peserta. Jadi peserta boleh mengakses pada bila-bila masa kerana kandungan pengajaran terdapat pada laman web.
 
          Namun, terdapat juga kritikkan atau isu yang berbangkit seperti tidak ramai menyertai sehingga ke penghujungnya kerana berasa kurang bermotivasi dan para peserta juga beranggapan MOOC ini kurang bernilai.  Selain itu. Dari segi persaingan antara penyedia MOOC ini adalah banyak. Memandangkan MOOC ini bersifat terbuka akan tetapi sukar menyebarkan secara global kerana kandungan pengajaran itu perlu diterjemah dahulu supaya boleh digunakan oleh orang yang berbahasa lain.

                 Setiap perkara semestinya mempunyai cabaran termasuk jugaklah sistem MOOC ini. Antara cabaran di dalam MOOC ialah kurang penyelidikan, terutamanya mengenai sistem bantuan yang diperlukan oleh sesuatu universiti dan institusi. Penerimaan setiap individu juga berbeza dan menyukarkan sesuatu maklumat distruktur bagi setiap individu yang mempunyai perbezaan pendapat dan fahaman. Selain itu, maklum balas yang diperoleh dan panduan yang kurang jelas juga menjadi punca permasalahan jika dibanding maklumat yang disampaikan di dalam  kelas dan kuliah.

           Kerja atas talian ini  kurang bersifat individu dan melibatkan aktiviti dan tugasan yang berkumpulan. Disebabkan peserta adalah merupakan dari latar berlakang yang berbeza-beza serta mempunyai komitmen lain, ianya akan lebih menyukarkan. Di samping itu, terdapat banyak pilihan lantas sukar memilih penyelesaian terbaik.




7.0  Kesimpulan

Secara kesimpulannya, aplikasi MOOC ini boleh diakses secara atas talian oleh sesiapa sahaja dan aplikasi ini merupakan aplikasi yang terbuka serta percuma. Selain itu juga, aplikasi ini dapat memberikan manfaat kepada pelbagai pihak . Selain itu juga, ia dapat memudahkan sesiapa sahaja yang ingin belajar secara atas talian dalam pelbagai bidang yang ingin diceburi. Namun begitu, aplikasi ini mempunyai kebaikan dan keburukan tertentu bergantung kepada seseorang yang menggunakan aplikasi ini.

8.0 Rujukan

1.   Derek Bruff, Douglas Fisher, Katherine McEwen dan Blaine Smith
                       ( 2012).Journal of Online Learning and Teaching.

2.          Watted Abeera dan Barak Miri. (2014). Students' preferences and views
          about learning in a MOOC. ScienceDirect .Procedia - Social and
           Behavioral Sciences.

3.          Joyce Mae A. Manalo. (2014). An Evaluation of ParticipantsÕ Levels of
                           Satisfaction and Perceived Learning Regarding the MOOC in @RAL
                            Platform. Malaysian Journal of Distance Education; 16(1):101


2 comments: