10 VIDEO INOVASI













Video ini memaparkan penggunaan tablet yang mampu membantu guru untuk mengajar murid berkeperuan khas dengan lebih menarik dan berkesan. Ini dapat membuktikan bahawa teknologi seperti tablet juga dapat memenuhi keperluan murid berkeperluan khas. 


2. 




eSight mempunyai kamera kelajuan tinggi yang  mampu menangkap apa yang sedang dilihat oleh pengguna. Algoritma dalam  eSight ini dapat meningkatkan suapan video dan memaparkan ia pada dua, skrin OLED di depan mata pengguna. imej video penuh warna jelas dilihat oleh pengguna. Teknologi ini dapat membantu mereka yang mempunyai masalah penglihatan untuk melihat kembali


3. 



LeapStart Kindergarten & Gred 1 adalah satu sistem pembelajaran interaktif yang memberi kegembiraan kerana ia mempunyai  aktiviti replayable yang mengajar kemahiran hidup. Ia dilengapi dengan 50 kemahiran utama bagi setiap peringkat, yang dapat membantu kanak-kanak membina kemahiran dari masa ke semasa, dengan cara yang imaginatif baru.  


4. 




Leka adalah mainan pintar interaktif dan pelbagai deria, menawarkan kanak-kanak istimewa keupayaan untuk bermain permainan menyeronokkan dan permainan pendidikan yang mendorong interaksi sosial, yang meningkatkan motor, kognitif, dan kemahiran emosi, serta merangsang autonomi.



5. 





6.   Video ini memaparkan assistive technology atau teknologi bantuan merupakan peralatan yang direka khusus untuk golongan kurang upaya dan video ini menerangkan beberapa teknologi bantuan yang boleh membantu mereka menjalani kehidupan dengan lebih baik. Contohnya  Screen Reader merupakan sejenis assisstive technology ( teknologi bantuan ) yang direka khusus untuk mereka yang mempunyai masalah penglihatan kerana ia merupakan satu program yang menggabungkan bunyi dan gambar untuk membantu menerangkan apa yang terdapat pada skrin komputer.



Kerusi roda elektrik  Scalevo merupakan satu  teknologi yang dapat membantu golongan kurang upaya yang mempunyai masalah fizikal kerana ia dapat memanjat tangga  mengunakan satu set perician yang dilengkapi dengan retractable tracks . Ia telah direka oleh 10 pelajar dari ETC Zurich dan ia dilengkapi mobiliti kepada pengguna dengan sistem yang dipanggil Segway-like two-wheeled system. 


7. 



Ia merupakan Teddy bear yang  keselesaan dan memenuhi inovasi teknologi di dunia. Direka oleh Sproutel Toy Company, Jerry merupakan  alat pengajaran era baru untuk kanak-kanak yang menghidap diabetes jenis 1 dan yang mempunyai penyakit kronik.
Dengan menjaga diabetes Jerry, kanak-kanak mendapatkan hands-on amalan dengan mengira karbohidrat, memantau gula darah Jerry, dan dos Jerry dengan insulin. Anak-anak menjaga Jerry menggunakan alat diabetes maya dan pantri digital dalam app yang telah disediakan. Beruang ini juga dapat membantu murid berkeperluan khas menghilangkan perasaan cemas semasa mendapatkan rawatan. 



8. 



Video ini memaparkan kegunaan iPad dalam dunia pendidikan khas. Menurut Alicia Febreau murid berkeperluan khas sangat seronok untuk menggunakan iPad dalam pembelajaran mereka dan ia juga boleh dianggap sebagai satu game yang berilmiah kerana ia membantu guru dan murid dalam proses pdp di dalam kelas. 



9. 




 Kids drawing& activity case for iPad membantu melindungi iPad ketika kanak-kanak melakukan aktiviti seperti melukis, menonton video atau bermain permainan. Cara penggunaannya ialah hanya meletakkan iPad  pada ruangan  yang telah disediakan dan ia boleh berputar 360, mudah dibawa dan memastikan iPad selamat. 

10. 


Scanning Pen Dyslexia merupakan pen berteknologi yang dapat membantu murid berkeperluan khas terutamanya yang mengalami kesukaran dalam membaca ( dyslexia). Berkonsepkan text-to- speech , pen ini akan menyebut perkataan yang dibaca oleh pen ini. Ia berfungsi memberi makna bagi perkataan.

2 comments: