Friday, 12 May 2017

DEFINISI KANAK -KANAK BERKEPERLUAN KHAS





Kanak-kanak berkeperluan khas ( exceptional children ) terdiri daripada kanak-kanak yang mengalami kesukaran belajar. Kanak-kanak Pintar Cerdas ( gifted ) yang mempunyai kebolehan yang jauh lebih tinggi daripada norma juga diklasifikasikan sebagai kanak-kanak yang berkeperluan khas. Kedua-dua kumpulan pelajar ini memerlukan pengubahsuaikan kepada kurikulum dan kaedah mengajar supaya mereka dapat merealisasikan potensi mereka ( Heward 2003 ).
Istilah lain juga telah digunakan untuk “ kanak-kanak  berkeperluan khas ” ini seperti kanak-kanak istimewa, kanak-kanak luar biasa, kanak-kanak kurang upaya, kanak-kanak cacat, kanak-kanak abnormal, kanak-kanak bermasalah dan kanak-kanak terbantut pertumbuhan dan perkembangan. Menurut Kail ( 2001 ), hampir 4% daripada populasi dunia terdiri daripada individu luar biasa atau kanak-kanak berkeperluan khas.Terdapat kanak-kanak yang dilahirkan tanpa boleh mendengar apa-apa bunyi, manakala ada juga yang dilahirkan tanpa mempunyai keupayaan untuk melihat objek atau cahaya termasuklah muka ibu bapa sendiri.
Terdapat juga kanak-kanak yang mengalami kesukaran memberi tumpuan atau mengalami kerencatan mental sejak lahir. Secara umumnya, kanak-kanak berkeperluan khas berbeza daripada kanak-kanak normal dari segi
  1. Mental ( pencapaian akademik ),
  2. Keupayaan deria ( melihat dan mendengar ),
  3. Keupayaan berkomunikasi ( menulis dan bertutur ),
  4. Tingkah laku ( mengawal diri ),
  5. Emosi ( bercampur gaul )
  6. Ciri-ciri fizikal ( bergerak dan menjaga diri sendiri)

Saturday, 6 May 2017

Jom berkenalan dengan pensyarah ^_^






Nama : MD YUSOFF BIN DAUD

Alamat Pejabat ; Jabatan Asas, Fakulti Pendidikan, 43600 UKM Bangi

Tel : 6(03)-89216053 . HP : 6(0190-6522254

E-Mel : myd@ukm,my

Bidang Kepakaran ;
  • Pendidikan Kimia/Sains
  • Asas Penyelidikan Pendidikan 
  • Pengukuran dan Penilaian dalam Pendidikan

Sekadar renungan ...


GGGE2153 TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN







Kursus ini bertujuan memberi pengetahuan serta latihan amali yang meliputi aspek konsep, peranan dan kepentingan Teknologi Pendidikan. Pelajar juga didedahkan tentang prinsip-prinsip penyediaan, penggunaan, pemilihan dan penilaian media pengajaran, serta perancangan pengajaran berpandukan Teknologi Pendidikan yang merangkumi aspek pendekatan sistem, kepelbagaian media dan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam pendidikan. Aspek penerbitan, grafik dan penghasilan media seperti bahan bercetak, bahan dua dan tiga dimensi, transperansi, fotografi, filem slaid, audio, video dan sebagainya bagi tujuan pengajaran-pembelajaran diberi penekanan. Di samping itu juga, pelajar didedahkan dengan isu-isu semasa dan inovasi dalam Teknologi Pendidikan. Kursus ini dikendalikan secara kuliah, tutorial, latihan amali aplikasi bahan sumber media dan tugasan individu. 

Kursus ini  amat penting kepada bakal guru seperti saya kerana menurut anjakan ke 7 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia , setiap guru dan murid mestilah berkeupayaan untuk memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. 

Sunday, 5 March 2017

Teknologi dalam bilik darjah

                  

Definisi Teknologi






Teknologi berasal daripada "("sains kraf", daripada τέχνη Yunani, techne, "seni, kemahiran, tipu daya tangan" dan -λογία, -logia [2]) adalah koleksi teknik, kemahiran, kaedah dan proses yang digunakan dalam pengeluaran barangan atau perkhidmatan atau dalam pencapaian objektif, seperti penyiasatan saintifik. Teknologi boleh menjadi pengetahuan teknik, proses, dan sebagainya, atau ia boleh dimasukkan ke dalam mesin yang boleh dikendalikan tanpa pengetahuan yang terperinci tentang kerja mereka.